Tuesday 4 March 2014

JAWATAN KOSONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (CAWANGAN SABAH) : PEMBANTU KESATRIA, PEMBANTU TADBIR, PENGAWAL KESELAMATAN, JURUTEKNIK KOMPUTER







UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap di UiTM Cawangan Sabah bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.


BIL

JAWATAN

GRED
SKIM PERKHIDMATAN
JADUAL GAJI


KAMPUS
KUMPULAN PELAKSANA
MINIMUM
MAKSIMUM
1.
PEMBANTU KESATRIA
S17
Pembantu Kesatria
RM 928.00
-
RM 3,375.00
UiTM Cawangan Sabah Kota Kinabalu
2.
PEMBANTU TADBIR
N17
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
RM 928.00
-
RM3,375.00
3.
PENGAWAL KESELAMATAN
KP11
Pengawal Keselamatan
RM 837.00
-
RM 2,619.00
4.
JURUTEKNIK KOMPUTER
FT17
Juruteknik Komputer
RM 953.00
 -
RM3,490.00

1. PEMBANTU KESATRIA (GRED S17)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a)      Warganegara Malaysia;
(b)      Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)   (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

       (ii) Bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Koperal dan ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

(d)  Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

(iii) Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);

(iv) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan

(v) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak catat.
dan

(e) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil   Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan bagi calon di perenggan 1(C) (i) dan (ii) di atas.

2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (GRED N17)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a)      Warganegara Malaysia;
(b)      Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)      Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
            dan
(d)     Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil     Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas)
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;-

(a)     (i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(C) di atas; atau
           (ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan
(b)     Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

3. PENGAWAL KESELAMATAN (GRED KP11)

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:
(a)      Warganegara Malaysia;
(b)      Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf           setaraf dengannya oleh Kerajaan;

atau
       (ii) Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia 
yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;

(d)      Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79 sm semasa menarik nafas 84 sm (lelaki sahaja);

(iv) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan

(v) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat

Dan

(e) Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1 (c) (i) hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Rendah adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a)      (i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau
            (ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan
(b)      Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

4. JURUTEKNIK KOMPUTER (GRED FT17)

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:
(a)      Warganegara Malaysia;
(b)      Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelayakian yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan  atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.  (Senarai bidang yang paling sesuai untuk lantikan sebagai Juruteknik Komputer adalah seperti di Lampiran A1).

atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang  berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.  (Senarai bidang yang paling sesuai untuk lantikan sebagai Juruteknik Komputer adalah seperti di Lampiran A1).

atau

(iv) Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya

atau

(vi) Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

BIL
SKIM PERKHIDMATAN
BIDANG
STANDARD KEMAHIRAN PEKERJAAN KEBANGSAAN (SKPK)
TAHAP
1.
Juruteknik Komputer Gred FT17, FT22, FT26
Sistem Komputer
IT-020-2
Pembantu Juruteknik Sistem Komputer
2
IT-020-3
Juruteknik Sistem Komputer
3

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

(a) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini;
(b) Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijil yang disahkan;
(c) Hanya permohonan yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temu duga;
(d) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak Berjaya; dan 
(e) Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di kampus-kampus cawangan.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi dengan melayari laman web UiTM Cawangan Sabah di http://www.sabah.uitm.edu.my dan juga boleh didapati sendiri di Bahagian Pentadbiran,  Aras 5, Menara Wibawa, Univeristi Teknologi MARA Cawangan Sabah.  Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

Tarikh tutup permohonan adalah pada  17 Mac  2014 (Isnin).

Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SABAH
BEG BERKUNCI 71
88997 KOTA KINABALU, SABAH

NO.TEL: (088)  513843 / 513846



No comments:

Post a Comment